Thursday 12 May 2016

Tips Interview IPG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah aku berjaya melepasi Ujian Kecergasan Calon Guru (rujuk di entri sebelum ni)

Aku harap entri kali ini dapat membantu calon akan datang untuk tahu serba sedikit tentang interview IPG

3 Mei 2016


Keputusan online untuk calon yang layak temuduga IPG dikeluarkan pada jam 3 ptg

Check di sini

Nanti korang kena print semua dan isi borang maklumat dan penyata hasrat



3 Mei - 8 Mei 2016, persiapan IV


Selalunya, kau orang akan dapat masa less than a week untuk prepare for the interview. Kat sini aku tulis list untuk korang buat:

1. Print borang di laman web

-Sila cetak surat tawaran, borang maklumat diri, dan penyata hasrat. Jangan tinggalkan kosong sebab nanti akan bagi bad impression dekat interviewers. 

-Untuk penyata hasrat, sila jujur dengan jawapan dan jangan buat panjang berjela. Nak nampak formal, sila type dan print atas kertas A4 dan klipkan sekali dgn borang tu.

2. Cari bahan mengenai interview IPG

-And if you're currently doing that (of course the reason you're reading this is because ya'll are seeking for tips right eheh) CONGRATULATIONS *clap*

-Ok firstly, google basic knowledge that every citizen of Malaysia should know ;

  • Rukun Negara
  • Our prime minister
  • Menteri Pelajaran
  • Current issues (selain pendidikan)
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Pendidikan abad ke-21
  • Perbezaan KKSR/KBSR
  • Isu semasa pendidikan
-Secondly, please do answer scheme untuk basic question yg akan ditanya seperti;

  • Describe/introduce yourself
  • Why you want to be a teacher
  • How should we improve the teaching profession in Malaysia
  • What is the best quality in you that convince you're going to be a good teacher
  • Who inspire you in this profession
  • What kind of method you'll do in teaching
  • How to overcome students problems 
  • How to be a student's second parent
  • Jika saya hantar awak belajar/kerja di kawasan pendalaman, okay?
  • Why you want to teach this subject

-Answer scheme ni tak semestinya kena buat script and hafal. point pun boleh. But at least buat. Well, who knows at that time you can't even talk and think properly. Basically, every preparations will help you in the end kan. During the times left before the iv, seek for someone's help. Jawapan yang menarik dan banyak idea akan up-kan lagi markah kau *wink*


3. Choose a good attire

-Untuk boy, pakai baju kemeja lengan panjang tidak bercorak, pair with tie and seluar slack. And oh. belt and shoes pilih warna gelap. 

-Untuk muslim girl, baju kurung dan tudung, kasut warna gelap
non-muslim girl, baju sopan, kasut gelap.

Bonus tip: Blazer will make you look good ;)

My group mates, sesi 2, bilik C


4. Siapkan documents

Documents penting seperti;

  • Kad pengenalan
  • Surat tawaran
  • Penyata hasrat
  • Borang maklumat diri
  • Sijil lahir
  • Slip SPM
  • Segala sijil-sijil sekolah menengah (pastikan buat copy dan sahkan)

-Sijil original beserta sijil lahir sila masukkan dalam clear holder
-Sijil copy yang dah disahkan masukkan dalam clear file


5. Rancang perjalanan

-Tolong datang 30 minit awal sebelum masa yang ditetapkan. Sebab pukul 8 tepat akan ada taklimat di dewan. Oh ya, don't skip breakfast.

6. Masukkan semua barang didalam beg

-Malam before interview, make sure semua documents dah siap masuk beg. Bawak air sekali.


7. Minta restu

-Call lah orang-orang penting dalam hidup kau. Minta mereka doakan. Mana tahu dpt tips lagi baik ke eheh. 


8. Practice

-Minta tolong siapa-siapa lihat gaya kau bercakap dan duduk. Be confidence, duduk tegak jangan sandar, kaki rapat, pandang mata interviewers and don't forget to smile.

Good luck, bakal guru!


Sebarang pertanyaan,
email : zafirah_hamka@yahoo.com
Twitter: @disxt 


1 comment: