Monday 18 April 2016

Cara Menjadi Guru; Apa itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mungkin kebanyakan lepasan SPM kurang mendapat pengetahuan dan pendedahan terhadap institusi perguruan dan cara pengambilan pelajarnya.

Sebenarnya, program ijazah sarjana muda perguruan ni adalah satu langkah untuk korang menjadi seorang guru sekolah rendah (yes hanya sekolah rendah) Kiranya lepas habis program ni korang akan terus dihantar ke sekolah2 untuk menjadi cikgu!

Total semester program ini, akan ada 2 semester untuk program persediaan sebelum dan 8 semester untuk program ijazah sarjana muda.

Syarat kemasukan Institut Perguruan Guru Malaysia 2016 hendaklah mendapat minima 5A dan keatas. Waktu permohonan, korang kena pilih subject apa yang korang nak ajar. Setiap subject tu pulak korang kena lepas syarat-syarat untuk subject tu.

Eg; Ali mendapat 8A tetapi C untuk Additional Mathematics. Dia mendapat A+ untuk Bahasa Inggeris. Dia ingin menjadi guru BI. Syarat untuk menjadi guru BI ialah mendapat sekurang-kurangnya gred A untuk Bahasa Inggeris. Syarat umum memohon PISMP ialah mendapat sekurang-kurangnya 5A didalam SPM. Konklusinya, Ali layak memohon.

Selepas result SPM keluar, akan diuar-uarkan tentang pengambilan pelajar ke PISMP. Korang kena alert tau. Isi permohonan tu dengan main subject yg korang nak. Dia akan mintak dua subject yang kita nak.

Untuk aku, aku mintak main course bahasa inggeris. Second option is bahasa melayu. Science tak lepas sebab dia nak all As utk fizik kimia bio kalau tak silap. Math tak lepas sbb dia nak addmt A which is aku dapat C+ je hahahahahaha.


Around first week of April

Waktu ni akan keluar sama ada kau layak atau tak. Kalau layak, kau kena pergi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 

Ujian ni ada dua, ujian bertulis dan ujian kecergasan.

Pendaftaran calon

  • Ujian Bertulis
Dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A ada 100+ of questions which you need to answer dalam 30mins. Bahagian B ada 60 soalan, 15 minutes. Pandai-pandailah bahagi masa, jgn jadi mcm aku tak habis jawab bahagian A haha.

  • Ujian Kecergasan
This is the most exciting part hahaha! Ok before ujian ni korang akan diperlihat dengan video cara-cara nak buat semua ujian ni. Ada 5 stations kesemuanya untuk ujian ni:

Check BMI

Waktu ini akan ada kakak dan abang yang akan ukur berat dan tinggi kau


Bangkit tubi 5 variasi


Yes, 5 variasi. Tapi jgn risau, senang je semua tu. Setiap variasi kena buat sekali je. Kalau kau mampu buat semua, kau akan dpt full mark.

Tekan tubi


Yang ni as long as you want, as possible as you can. Tak ada limit masa. Tapi untuk boys guna push up cara biasa, girls silang kaki. Tak silap aku 30 kali push up untuk girl dapat full mark.

Jangan berhenti dan tergolek kt lantai sebab bila kau buat tu dikira batal. Dan bila kau dah up tak down2 dalam 5 saat (rasanya) dia akan terus batal.

girl's push up


Jangkauan melunjur


Well, macam ujian segak korang kat sekolah tu lah. Tapi akan diberi 3 kali percubaan. 1 real. Markah hanya akan diambil untuk jangkauan yang terakhir even though waktu percubaan tu markah kau lagi tinggi. Ya, inilah kehidupan. 


Bleep test


Hahahaha should i call this as bloody hell test? 
Kau kena lari ke garisan satu lagi (jarak 20 meter) dan kena cecah garisan tu sebelum bunyi "beep". Bila bunyi beep tu berbunyi, kau kena lari ke garisan first balik sebelum bunyi beep kedua. And it goes on and on and on and on.....................until you get the red card.

Kad kuning kau akan dapat bila tak cecah garisan untuk kali pertama. Kad merah bila kau patah balik pun tak dpt cecah garisan tu. 

Yang ini buat semampu mungkin. One level ada 8 kali bleep. Dia non-stop, tak ada gap setiap level tu. Lepas habis 8 round terus proceed level 2. Aku mampu level 3 round 3 je. Lepas tu terus kaki lemah longlai, hidung kembang kempis, pandangan kabur. Mostly girls hanya mampu sampai level 3.


Interview


Interview ni hanya akan dibuat lepas kau succeed dengan UKCG. So siapa yang nak rasa interview IPG ni, buatlah betul-betul untuk Ujian Kelayakan Calon Guru ye.

Panggilan pelajar yang berjaya interview


Yang ini akan dihebahkan selepas kemasukan UPU semua. Yes, kiranya kau masuk universiti/form 6/matrikulasi dulu baru keputusan diumumkan.

Korang akan dipanggil untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 2 semester di kampus IPG yang ditetapkan. Sekiranya LULUS, akan diberi sijil tamat PPISMP

Pengambilan PISMP


Selepas lulus PPISMP, korang akan ditawarkan ke program sarjana muda mengikut kursus yang dipilih selama 4 tahun, iaitu 8 sem. Kampus akan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.



Jadi, kepada mentaliti orang yang aggap jadi guru ni kerjaya yang mudah, ubah ye persepsi. Berapa banyak tapisan yang kena dibuat untuk betul-betul layak jadi guru. And setiap subject yang diambil, hanya ada berapa ratus kuota disediakan.

Keuntungan PISPM ialah insyaAllah kerjaya terjamin. Elaun dapat. Yuran tak mahal. Asrama disediakan. Etika berpakaian terjaga so takdelah asyik kena beli baju untuk compete dengan classmates :p (joke) And tak silap untuk practical kau akan dapat elaun, sebab tak semua course kt university akan dapat elaun for practical. 

Sekian.




No comments:

Post a Comment